BERLIN : Paras air di sungai Rhine di Jerman semakin surut berikutan musim panas yang berterusan dan hujan berkurangan menyaksikan beberapa kawasan di sepanjang sungai itu hanya mencatat bacaan 38 sentimeter dari dasar sungai, menurut Institut Hidrologi.
Menurut laporan Agensi Anadolu, perkhidmatan pengangkutan untuk industri dan sektor swasta di sungai berkenaan akan terjejas jika paras air terus menyusut.
A drought is drying up Germany’s Rhine River — parts of which have fallen below 16 inches — obstructing ships and raising the cost of living for many.
The climate crisis has intensified such extreme weather events, which have become common across Europe this summer. pic.twitter.com/t7zBwcva1L
— AJ+ (@ajplus) August 12, 2022
Pegawai Institut Hidrologi, Bastian Klein berkata paras air sungai tersebut yang memainkan peranan penting untuk sektor perindustrian boleh menyusut hingga 30 sentimeter pada minggu depan dan mengganggu perkhidmatan tongkang.
Dalam pada itu, paras air yang rendah menyebabkan perkhidmatan tongkang yang digunakan bagi membawa arang batu dan diesel dari pelabuhan ke industri dan kilang penapisan hanya boleh memuatkan satu perempat sehingga setengah daripada kapasitinya.
🟥#Drought in Germany
🔶Rhine level "critically low"
🔶Barges loaded at just one-quarter to one-half capacity
🔶Water levels expected to drop further
🔶Shipping costs have climbed as much as five times
🔶Shipping issues may affect upcoming grain harvest— Thomas Sparrow (@Thomas_Sparrow) August 12, 2022
Ini bermakna tiga hingga empat tongkang diperlukan untuk memindahkan barangan yang biasanya boleh diangkut oleh sebuah tongkang sekaligus meningkatkan kos penghantaran sehingga mencecah hampir lima kali ganda.