ISLAMABAD: Palestin zahir ucapan terima kasih kepada Pakistan atas sokongan padu dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk menegakkan kebebasan dan keamanan penduduk di negara itu.
Dalam satu kenyataan sempena Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin hari ini, wakil kedutaan Palestin di Islamabad, Ahmed Ameen Rabei, menghargai keputusan Pakistan untuk mengukuhkan tali persaudaraan antara dua negara itu dan bersetuju untuk menyokong mereka untuk mendapatkan kembali hak yang dirampas rejim Zionis.
Statement on the occasion of the United Nations International Day of Solidarity with the Palestinian People
Islamabad
29 November 2021 @ArifAlvi @ImranKhanPTI @SMQureshiPTI @antonioguterres @AsadQaiserPTI @OfficeSenate @SenatePakistan @SenMMAfridi @QasimKhanSuri @fawadchaudhry pic.twitter.com/D6rJt6DS3o— AhmedAmeen (@RabaieAhmed) November 28, 2021
Rata-rata rakyat Palestin bersyukur atas sokongan dan simpati yang diberikan dan menghargai solidariti kerajaan serta rakyat Pakistan.
Pada 29 November setiap tahun, Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin diraikan seperti yang termaktub dalam pengisytiharan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1977.
Objektif utama peristiwa itu disambut adalah untuk menunjukkan solidariti antarabangsa bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak kebebasan mereka yang tertindas dan dirampas Israel.
Selain itu, matlamat utama Hari Perpaduan ini disambut adalah untuk menubuhkan negara merdeka di bumi Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada rakyat Palestin demi masa depan mereka.
The situation in the Occupied Palestinian Territory remains a challenge to int'l peace & security.
On #PalestineDay, let's reaffirm commitment to the Palestinian people in their quest to achieve their rights & build a future of peace & dignity for both Palestinians & Israelis.
— António Guterres (@antonioguterres) November 28, 2021
“Rakyat Palestin kini kekal berdepan dengan cabaran serta ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.
“Bersempena dengan #PalestineDay ini , ayuh kita sama-sama memberi komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Palestin dalam usaha mereka mencapai hak dan membina masa depan yang lebih cerah.” katanya.
Oleh Nurshazlin Shahrom
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia