RAMALLAH: Palestin telah menghantar 20,000 beg tidur untuk mangsa gempa bumi yang mengorbankan ribuan nyawa di Turkiye, menurut sumber tempatan pada Ahad.
Trak yang membawa bantuan Palestin berlepas dari bandar Hebron di Tebing Barat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion untuk diangkut ke Turkiye.
“Prosedur yang diperlukan untuk mengangkut 20,000 beg tidur kepada saudara kita di Turkiye dan Syria telah selesai,” kata Raed al-Saafin, pemilik kilang tekstil Super-Tex al-Saafin Palestin di Hebron.
Al-Saafin berkata, penghantaran tambahan sebanyak 3,000 beg tidur kemudian akan dihantar ke Turkiye sebagai sumbangan daripada pelbagai pihak Palestin.
Palestine sends 20,000 sleeping bags to quake victims in Türkiye https://t.co/pM91zNg1uy pic.twitter.com/vzjGFTZHVD
— Yeni Şafak English (@yenisafakEN) March 13, 2023
Ketua Pengarah Tabung Zakat Palestin di Kementerian Wakaf Agama, Khaled Khallaf berkata, 20,000 beg tidur disumbangkan kementerian untuk mangsa gempa.
Menteri Wakaf Agama, Hatem al-Bakri, berkata, “Rakyat Palestin tidak melupakan sokongan Turkiye untuk hak Palestin sejak abad yang lalu.”
“Hari ini, Palestin menyokong Turkiye dalam masa yang sukar ini,” tambahnya.
Lebih 47,900 orang telah terbunuh di Turkiye akibat gempa bumi yang melanda pada 6 Februari lalu. Di Syria, sekurang-kurangnya 3,688 orang terbunuh dan lebih 14,749 cedera dalam bencana gempa bumi.
Lebih 13 juta orang di Turkiye telah terjejas oleh gempa bumi kuat yang menggegarkan 11 wilayah, termasuk Kahramanmaras, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazig, dan Sanliurfa.
BACA JUGA
MAPIM Malaysia terima pujian di Dewan Rakyat
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia