TEBING BARAT : Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah SAW, hak rakyat Palestin untuk meraikannya dinafikan Zionis.
Lebih 2,000 warga Palestin dihalang daripada menghadiri Masjid Ibrahim di Hebron kelmarin untuk meraikan Maulidur Rasul.
Halangan rejim Yahudi ini adalah rentetan kemarahan umat Islam terhadap atas persendaan dilakukan ke atas Nabi SAW apabila karikatur dicipta dan disiar serta dipamerkan di Perancis.
Penghinaan kepada Baginda Rasulullah itu turut mencetuskan boikot barangan Perancis di seluruh dunia.
Pengarah Masjid Hefzi Abu Sneineh memberitahu Anadolu Agency pihak berkuasa hanya membenarkan 500 warga Palestin memasuki ke dalam masjid.
“Lebih dari 2,000 orang Palestin tidak dibenarkan menggunakan masjid ini. Hal ini adalah pelanggaran serius terhadap kebebasan beribadah.”
Berdasarkan laporan Anadolu Agency, beratus-ratus rakyat Palestin berkumpul dan membuat bantahan di luar pagar hadapan masjid itu.
Masjid Ibrahimi dipercayai mempunyai makam Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail dan Nabi Ya’qub A.S dan dihormati oleh orang Muslim dan Yahudi.
Selepas pembunuhan 29 warga Muslim Palestin pada tahun 1994, Israel telah memisahkan kawasan masjid kepada dua bahagian; satu bahagian kepada orang Islam dan sebahagian lagi unuk Yahudi.
Di Hebron terdapat 160,000 orang Islam Palestin, serta 500 orang Yahudi yang menduduki di kawasan hanya untuk Yahudi sahaja dan dikawal oeh tentera Zionis.
Begitu juga di Baitul Maqdis, polis Israel mengehadkan jumlah rakyat Palestin yang boleh memasuki Masjidil Aqsa bagi sambutan Maulidur Rasul.
Untuk menghalang jumlah kehadiran jemaah, pihak berkuasa rejim mewujudkan tempat pemeriksaan di ibu kota lama kota itu.
Sejak pagi pada 12 Rabiul Awal, ribuan masyarakat Islam membanjiri kawasan kompleks bagi menyambut sambutan Maulidur Rasul, anjuran Wakaf Islam untuk Baitul Maqdis.
Turut dihalang wanita dan kanak-kanak untuk menyertai sambutan ini.
Dalam sambutan itu, Imam Masjid Al Aqsa Sheikh Yusuf Abu Sneina memperingatkan orang ramai mengenai peribadi Rasulullah yang membawa mesej keamanan, tolak ansur dan kasih sayang sesama insan.
Ketua Hakim Mahkamah BaitulMaqdis dalam pada itu, menempelak tindakan biadap Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menghina Rasulullah SAW.
Majlis itu walau dihalang kemasukan jemaah yang ramai disempurnakan dengan kepatuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
12 Rabiul awal adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, dan disambut setiap tahun, bagaimanapun tahun ini sambutannya amat meluas secara kebetulan terkait dengan penghinaan Perancis terhadap junjungan Baginda SAW.
– Terjemahan untuk UMMAHToday oleh Siti Zulaikha Yusri
*_____________________________________________________________________________________
Nasib Gaza semakin sukar, dihimpit impak Coronavirus menjadikan Gaza terus dicengkam derita membungkam rasa kerana dikawal segala oleh Zionis durjana!
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau WhatsApp 012-800-2016