PendidikanSemasa

Tahniah Cikgu Sam! Hero Guru Malaysia

Kerana jasa dan inovasinya, terpilih 10 finalis Guru Global

KUALA LUMPUR : ASD $1 juta atau bersamaan dengan RM4.16 juta satu hadiah bukan kepalang untuk dimiliki oleh seseorang.

Namun, apa pun keputusannya Malaysia harus berbangga dengan Guru Adiwira tahun 2019, yang kini terpilih 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang, ini juga menarik perhatian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel dan berbangga atas dedikasi yang dicurahkannya.

Malah titah baginda usaha-usaha murni guru muda dari Kuantan, Pahang ini dalam mendidik murid-murid sehingga terpilih sebagai calon untuk anugerah itu, sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Pic: Facebook

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat dan komitmen beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para guru, untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia.
Seri Paduka Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan semoga beliau memenangi anugerah tersebut serta dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dalam bidang pendidikan.
Menurut kenyataan penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel dipilih daripada 12,000 pencalonan dari lebih 140 negara.
Anugerah yang menawarkan hadiah US$1 juta (RM4.16 juta) itu adalah program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pic: Facebook
Samuel pada awal khidmatnya pernah diberi tahu, murid-muridnya hanya orang Asli namun atas iltizam yang tinggi dan dedikasi yang mendalam beliau telah memperkenalkan pelbagai inovasi untuk memberi inspirasi kepada murid-muridnya.
Majoriti pelajarnya adalah terdiri daripada Orang Asli dan beliau mahu menghubungkan mereka ke dunia luar.
Antara program diperkenalkan oleh beliau ialah projek pertukaran e-mel dikenali sebagai ‘Asli E-Pal’, yang mana para murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dalam dan luar negara.
Manakala, program ‘Speak Up With Poetry’ (Bersuara dengan Puisi) pula ialah projek kerjasama beliau dengan penyair amatur yang menulis puisi berkaitan kebudayaan Orang Asli dan kemudiannya murid-murid boleh menonton program itu dalam bentuk video untuk pembelajaran bahasa Inggeris.
Lapan tahun tanpa jemu dengan berkat dan kesungguhan beliau, purata kadar lulusan mata murid bahasa Inggeris di sekolah berkenaan meningkat daripada 30 peratus pada tahun 2012 kepada 80 – 85 peratus pada tahun 2015-2018.
Tahun lalu, Cikgu Samuel dinobatkan penerima anugerah Guru Adiwira 2019.
Siapa tahu tuah berpihak kepada beliau.
Tahniah Cikgu Sam!
Pic: Yayasan Varkey
– Laporan Aqilah Othman UMMAHToday mendokan kejayaan milik Guru Adiwira anak Malaysia ini!

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button