RAMALLAH : Tentera israel menembak maut warga Palestin berusia 18 tahun, dikenali sebagai Musab Mohammad Nafal, di Ramallah pada Sabtu, kata pegawai kesihatan.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, “Nafal telah cedera parah akibat peluru hidup israel di jantung,” sambil menambah bahawa dia “dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin, Ramallah di mana dia disahkan meninggal dunia akibat lukanya.”
The farewell moment of the father of the young man, Musab Nafl, who passed away in Ramallah last night with Israeli occupation bullets. pic.twitter.com/KYoB3cAcJx
— AlQastal News (@QastalNewsEn) November 6, 2022
Tambahnya, seorang lagi warga Palestin, yang belum dikenal pasti, telah cedera parah oleh tentera israel semasa kejadian yang sama. Pasukan rejim bagaimanapun enggan menyerahkan rakyat Palestin kepada pasukan perubatan untuk rawatan, sebaliknya meletakkannya di bawah tahanan.
Menggambarkan kejadian itu, tentera israel menuduh kedua-dua mereka ditembak ketika tentera rejim sedang berhadapan dengan ‘orang ramai yang membaling batu ke arah kenderaan israel’.
Pergerakan penentangan Palestin yang berpangkalan di Gaza, Hamas, mengeluarkan kenyataan pada hari Ahad, menegaskan bahawa darah syahid Palestin akan menjadi ‘sumpah yang menghantui pendudukan israel di seluruh Palestin’.
Pergerakan itu menambah bahawa rakyat Palestin tidak akan mengalah sehingga mereka membalas dendam kepada syuhada mereka.
Watch: Hundreds of #Palestinians take part in the funeral procession of Musab Nafal in Al-Mazra'a ash-Sharqiya village, northeast Ramallah city. pic.twitter.com/mQUdDGEll1
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) November 6, 2022
Kematian baharu itu berlaku selepas tentera israel membunuh 4 rakyat Palestin di Tebing Barat pada Khamis, termasuk seorang pejuang Palestin dengan gerakan penentangan Jihad Islam yang berpangkalan di Semenanjung Gaza.
Jihad Islam bertindak balas dengan melepaskan beberapa roket ke arah wilayah yang diduduki di mana ia mendorong kepada pengaktifan sistem anti peluru berpandu Kubah Besi rejim israel.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini