DuniaSemasa

Pakistan ingin pecahkan lebuh raya utama demi melindungi Dadu dari banjir

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

DADU: Dalam perkembangan terkini banjir besar di Pakistan, pihak berkuasa tempatan memaklumkan perancangan mereka untuk memecahkan Lebuh Raya Indus yang merupakan penghubung utama bagi pengangkutan, untuk tujuan membenarkan air mengalir dan mengelakkan banjir daripada berlaku di bandar Dadu.

Banjir yang disebabkan hujan lebat luar biasa pada musim tengkujuh dan glasier yang cair di kawasan pergunungan di utara negara itu, menjejas kehidupan hampir 33 juta orang.

Banjir itu juga sudah mengorbankan sekitar 1,391 orang dan merosakkan rumah, jalan raya, landasan kereta api, jambatan, ternakan dan tanaman kata penguatkuasa pada Ahad.

Kerajaan Pakistan menganggarkan kos kerosakkan sebanyak AS$30 billion (RM135 billion). Pihak berkuasa negara itu, Guterres, menyalahkan perubahan iklim sebagai punca bencana banjir.

“Semua kawasan yang dilanda banjir di Pakistan sedang dalam fasa pemulihan, tetapi kita masih berjaga-jaga. Kita juga mungkin akan mengambil langkah untuk memecahkan lebuh raya utama bagi mengelakkan banjir yang lebih teruk di Dadu.” kata Pesuruhjaya Daerah Dadu, Syed Murtaza Ali Shah pada Ahad.

Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudahpun memulakan kerja-kerja penilaian keperluan Pakistan bagi usaha merangka rancangan pemulihan pasca bencana.

Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button