DuniaSemasa

Pakaian renang Muslim dibenarkan di Perancis

GRENOBLE – Sebuah bandar di Perancis membenarkan wanita Muslim memakai pakaian renang Islam yang dikenali sebagai burkini di kolam-kolam renang milik kerajaan, pada isnin lalu.

Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle menghadapi tentangan daripada pihak pembangkang sebelum ini, namun dia  tetap memperjuangkan pakaian renang.

Walaupun tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri EELV, beliau berjaya mengumpul undi yang mencukupi pada mesyuarat majlis bandaran untuk meluluskan langkah itu.

Dalam undian tersebut, cadangan pemakaian renang yang hendak dilaksanakan oleh Piolle mendapat sokongan sebanyak 29 undi, 27 menentang dan dua lagi berkecuali selepas perbahasan yang tegang.

“Apa yang kami mahu ialah wanita dan lelaki boleh berpakaian seperti apa yang mereka mahu,” kata Piolle kepada stesen penyiarakan RMC seperti dilaporkan AFP.

Seramai 30 Datuk Bandar di Perancis menggerakkan undang-undang sekular untuk melarang pemakaian burkini untuk sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dikenakan denda sehingga €38 (RM 174.23) pada musim panas 2016.

Selepas berlaku satu rentetan serangan maut yang dilakukan oleh pelampau Muslim yang membawa maut di Perancis pemakaian burkini diharamkan.

Aheda Zanetti dilahirkan di Lubnan yang kini menetap di Australia dan seorang pereka fesyen Muslim yang mencipta burkini serta menjualnya di pasaran pada tahun 2004.

-Agensi

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button