Semasa

Orang asli di Cameron Highlands bakal terima internet 4G

KUANTAN : Dua menara baharu yang dibina di Pos Lemoi dan Kampung Telimau di Cameron Highlands dijangka akan mula beroperasi pada penghujung bulan depan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kerja-kerja pembinaan menara tersebut masih berjalan dan penduduk di kawasan kampung terlibat bakal menikmati talian 4G.

“Para pelajar merupakan masyarakat orang asli dari beberapa buah kampung seperti Kampung Lemoi, Kampung Telimau, Kampung Chenan Cerah dan Kampung Tilip,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pembinaan dua menara itu antara 28 menara baharu yang akan siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

Menurutnya, semua pembinaan menara ini di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Pahang yang dijalankan dengan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan Pahang.

“Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan Jendela di Cameron Highlands, sebanyak 23 menara telah dirancang untuk dibina di mana pembinaan baki 21 menara lagi akan bermula dalam masa terdekat.

“Di bawah usaha yang sama, sebanyak 13 stesen pemancar akan dinaik taraf kepada rangkaian 4G dan 8 kampung orang asli akan mendapat perkhidmatan internet jalur lebar satelit,” ujarnya.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button