SemasaSyria

48 jam berlalu, Hassan ditemui tapi tidak bernyawa lagi…

Laluan sempit, dan terlalu dalam sukarkan penyelamat

IDLIB 18 Mac : Satu penghujung pencarian yang menghibakan.

Setelah dicari pasukan mencari dan menyelamat , S&R, selama lebih 48 jam, Hassan Al Zaalan ditemui meninggal dunia di dalam telaga sedalam 60 kaki.

Seperti kanak-kanak lain, Hassan, 10 tahun, bermain di sekitar kawasan telaga.

Malang nasibnya Hassan terjatuh di telaga air yang baru digali di bandar Kafar Ruhin, Idlib.

Hassan Al Zaalan

Lubang yang terlalu sempit adalah cabaran sukar buat pasukan menyelamat sekaligus melewatkan kerja-kerja menyelamatkan Hassan.

Ihsan : White Helmet

Pada awal pencarian, pasukan penyelamat terus bersemangat setelah dapat mengesan kaki Hassan pada kedalaman 21 meter melalui alat  kamera pengimbas.

Menurut sukarelawan The White Helmet, Obada Zakra setelah bertungkus lumus cuba menyelamatkan Hassan, akhirnya sekujur tubuh kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa.

Setelah 55 jam berlalu, jasad Hassan berjaya dikeluarkan dalam lubang sempit itu.
Berjaya ditemui tapi Hassan sudah tidak bernyata lagi!
Ihsan : White Helmet

Kanak-kanak Syria terus diancam peperangan, kekurangan bekalan makanan dan kedaifan tempat tinggal.

Kekurangan bekalan air juga memaksa beberapa kawasan dikenal pasti digali bagi pembinaan telaga untuk mendapatkan akses air bersih dari bawah tanah.

Ihsan : White Helmet

*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.

Wakaf telaga air itu berharga RM30,000 dan dimanfaatkan oleh anggaran seramai 200,000 orang di kawasan perkampungan pelarian.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

Related Articles

Back to top button