SAYDA: Sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dan 7 lagi cedera dalam pertempuran di Aïn el-Héloué kem pelarian Palestin terbesar di Lubnan berhampiran bandar pelabuhan selatan Sidon, menurut pegawai Palestin lapor Al Jazeera.
LIBAN – Des affrontements meurtriers dans le camp de réfugiés palestiniens de Aïn el-Héloué, près de Saïda au Sud du
pays. pic.twitter.com/yG3LB8pGjl— ÉCHOS DE LA RDC (@ViveCongo) July 31, 2023
Puak Fatah dalam satu kenyataan pada Ahad mengesahkan komander Ashraf al-Armouchi bersama 4 rakannya terkorban semasa serangan yang digelar ‘operasi keji’.
Kenyataan itu mengecam ‘jenayah yang keji dan pengecut’ yang bertujuan untuk menjejaskan ‘keselamatan dan kestabilan’ kem Palestin di Lubnan.
Pegawai Palestin, yang enggan namanya disiarkan berkata, pertempuran tercetus di kem Ein el-Hilweh selepas seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali cuba membunuh anggota kumpulan bersenjata Mahmoud Khalil, namun hanya berjaya membunuh seorang rakannya, lapor agensi berita The Associated Press .
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) meletakkan angka kematian seramai 6 mangsa dan Agensi Berita Nasional Lubnan yang dikendalikan kerajaan berkata 2 kanak-kanak adalah antara yang cedera.
Tentera Lubnan berkata dalam satu kenyataan bahawa peluru mortar meletup di berek tentera di luar kem dan mencederakan seorang askar, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Di sebelah Tebing Barat, Quds News Network merekodkan 28 rakyat Palestin terkorban sepanjang Julai tahun ini akibat tindakan kejam rejim israel yang terus membantai umat Islam dalam usaha memperluaskan tanah jajahan mereka.
28 Palestinians have been killed so far by Israeli occupation forces in July in the occupied West Bank and 1948-occupied Palestine. pic.twitter.com/eHIkNgdFR2
— Quds News Network (@QudsNen) July 30, 2023
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia