Covid19Dunia

Omicron berbahaya untuk mereka yang belum divaksin

Geneva : VARIAN omicron akan berisiko tinggi apabila menjangkiti mereka yang belum divaksin. Perkara itu diperingatkan oleh Perubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Rabu.

WHO mengatakan lonjakan kes global didorong oleh omicron, yang lebih menular daripada varian delta yang sebelumnya dominan. Lebih daripada 15 juta kes dilaporkan ke WHO pada minggu lalu – dengan jutaan kes lagi tidak dilaporkan.

Tetapi badan kesihatan PBB itu bertegas bahawa dunia  tidak boleh menyerah pada varian tersebut.

“Walaupun omicron menyebabkan kesan yang lebih ringan daripada delta, ia tetap virus bahaya, terutama kepada mereka yang tidak divaksin,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media pada, Khamis (13/1).

“Kita tidak boleh membiarkan virus ini bebas, atau dunia mengibarkan bendera putih, terutama ketika ramai orang di seluruh dunia masih belum divaksin,” terangnya.

Sebahagian besar orang yang dirawat di rumah sakit, tambahnya, tidak divaksinasi. Sementara vaksin masih sangat efektif bagi mencegah kematian dan penyakit covid-19 yang parah, kata Tedros, vaksin tidak sepenuhnya mencegah penularan.

“Lebih banyak penularan bererti lebih ramai rawat inap, lebih banyak kematian, lebih ramai orang yang tidak bekerja – termasuk guru dan tenaga kesehatan – dan lebih banyak risiko munculnya varian lain yang mungkin lebih menular dan lebih mematikan daripada omicron,” katanya.

Tedros memberitahu jumlah kematian di seluruh dunia telah stabil di sekitar 50,000 orang  seminggu.

“Belajar untuk hidup dengan virus ini tidak berarti kita boleh, atau harus, menerima jumlah kematian ini,” katanya.

Tedros mahu setiap negara memiliki 10 peratus populasinya divaksinasi pada akhir September 2021, 40 peratus pada akhir Desember, dan 70 peratus pada pertengahan 2022.

Tetapi, katanya, 90 negara masih belum mencapai 40 peratus, dengan 36 antaranya masih kurang daripada 10 peratus.

“Di Afrika, lebih daripada 85 peratus orang belum menerima satu dos vaksin. Kita tidak boleh mengakhiri fasa pandemik ini kecuali kita menutup celah ini,” kata Tedros.

WHO memaklumkan omicron telah dikesan di 149 negara pada 6 Januari. (AFP/OL-13)

Sumber: https://mediaindonesia.com/internasional/464042/who-omikron-berbahaya-bagi-yang-tidak-divaksinasi

Related Articles

Back to top button