InspirasiSemasa

Nusaybah buktikan Malaysia mampu cipta kejayaan global

KUALA LUMPUR: Kejayaan Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar membuktikan rakyat negara ini mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.

Istana Negara menerusi catatan dalam Facebook rasmi menyatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah atas kejayaan itu.

Menurut catatan itu, baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Nusaybah yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Ia juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia”.

“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” menurut Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nusaybah dan mendoakan agar beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Kredit foto Astro AWANI

Nusaybah, 24, yang merupakan anak sulung bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.

Selain memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0, Nusaybah telah berjaya memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Cemerlang pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.

BACA JUGA
Umat Islam di Gaza sedang dibantai bertubi-tubi rejim zionis, wajarkah kita tidak ambil peduli?

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button