Netanyahu ingin rampas Semenanjung Gaza!
Serangan pejuang Hamas buat Israel tamak
ISRAEL-GAZA : Tamak dan tidak tahu malu, dua perkataan yang mampu ditujukan buat pemimpin negara haram Israel yang berhasrat ini menakluki Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mempersembahkan cadangan beliau dihadapan para diplomat berhubung keinginannya untuk merebut kembali Semenanjung Gaza bagi menyingkirkan pejuang Hamas.
Netanhayu mengatakan pengeboman Israel yang sedang berlangsung di Gaza kini, bertujuan untuk melemahkan anggota Hamas, kemampuan serangan mereka, dan menurunkan kehendak mereka.
“Hanya ada dua cara yang dapat kita hadapi. Kita boleh menaklukkan mereka, dan itu selalu merupakan kemungkinan terbuka, atau kita dapat menghalangnya, dan sekarang kami terlibat dalam pencegahan kuat. Tetapi saya harus mengatakan bahawa kita tidak menolak apa-apa kemungkinan.” – Benjamin Netanyahu
Pada tahun 1967, ketika berlakunya perang Timur Tengah, usaha rejim Zionis menakluki tebing Gaza gagal sehingga bulan Ogos 2005, tentera Israel mula menarik diri dengan membawa kumpulan Yahudi yang lain keluar dari wilayah itu.
Dilaporkan hanya 8,000 orang Israel yang menetap di Gaza, berbanding ratusan ribu orang Yahudi di Tebing Barat dan timur Jerusalem.
Manakala, pada tahun 2007, Israel dan Mesir telah melakukan sekatan ke atas Gaza sewaktu era kebangkitan Hamas. Pengepungan ini masih berterusan sehingga hari ini.
Serangan Zionis ke atas Gaza dilepaskan bertubi-tubi sejak ketegangan yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan pengusiran besar-besaran empat keluarga Palestin di Sheikh Jarrah sehingga mendorong pejuang Hamas bangkit melindungi rakyat Palestin yang tertindas.
Sejak seminggu yang lalu, Israel telah membunuh 216 penduduk Palestin di Gaza, termasuk 61 kanak-kanak.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom