Nenek ‘steady’ daki puncak bukit pakai jubah

Sejak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di beberapa buah negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), rata-rata ramai masyarakat Malaysia mengambil peluang menjalankan aktiviti riadah seperti mendaki gunung atau ‘hiking’.
Tidak kira muda mahu pun tua mendaki gunung antara aktiviti menjadi kegilaan ramai ketika hujung minggu selepas sekian terkurung dirumah.
Dalam pada itu, tular di media sosial perkongsian rakaman menerusi aplikasi TikTok milik @haishah.hashram memaparkan aksi lincah seorang warga emas berjubah merah jambu mendaki puncak Bukit Panau, Tanah Merah.
@haishah.hashram Reply to @manzssss__ haa ni tnpa lagu okie ????
Gelagat nenek yang sudah pun menjangkau usia 70-an itu menarik perhatian ramai apabila setibanya di puncak bukit, nenek tersebut berlari keriangan seolah tidak penat.
Walaupun, kelihatan beberapa pendaki muda sudah duduk di sekitar bukit untuk menghilangkan penat.
Sementara itu, ramai ‘warganet’ meninggalkan komen dengan memuji nenek kepada @haishah.hashram dan kagum dengan kemampuan warga emas itu mendaki dengan memakai jubah.

Oleh Nurshazlin Shahrom