DuniaSemasa

Negara membangun paling ramai guna buruh kanak-kanak

BERLIN: Pengunaan buruh kanak-kanak didapati meningkat dalam rantaian bekalan negara maju dan blok seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Norway dan Switzerland, kata seorang pakar sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, aktivis hak asasi manusia, wartawan, perunding politik dan usahawan sosial Fernando Morales-de la Cruz berkata terdapat lebih 300 juta kanak-kanak bekerja di seluruh dunia.

Sambil meyatakan buruh kanak-kanak boleh memudaratkan perkembangan fizikal, psikologi atau emosi kanak-kanak, Morales-de la Cruz berkata “300 juta kanak-kanak ini sangat menderita.”

Beliau berkata semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.

Pandemik COVID-19 juga membawa kepada peningkatan dalam buruh kanak-kanak.

Semasa pandemik COVID-19, kita juga melihat peningkatan kemiskinan yang ketara. Pekerjaan kanak-kanak meningkat apabila kemiskinan meningkat kerana buruh kanak-kanak adalah hasil daripada kemiskinan tegar, tambahnya.

Ini masalah yang sangat serius, sepatutnya kita perlu mempunyai sistem berasaskan kedaulatan undang-undang dan menghormati hak asasi manusia. Tetapi apabila anda melihat rantaian bekalan mereka dan pelaburan mereka, mereka tidak menghormati hak kanak-kanak, katanya.

Menurut kajian terbaru Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan UNICEF yang diterbitkan pada 10 Jun 2021, bilangan kanak-kanak yang diambil bekerja sebagai buruh di seluruh dunia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencecah 160 juta.

Laporan yang diterbitkan pada 14 Sept tahun ini oleh Universiti Zurich pula mendedahkan terdapat lebih 373 juta kanak-kanak di seluruh dunia kini bekerja.

Menurut angka rasmi, kira-kira satu daripada setiap 10 kanak-kanak di seluruh dunia bekerja sebagai buruh dengan peratusan meningkat kepada satu daripada setiap lima kanak-kanak di negara membangun.

Sesetengah kanak-kanak ini bekerja dalam pekerjaan berbahaya yang boleh membahayakan kesihatan, keselamatan dan moral mereka. – BERNAMA

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button