InspirasiSemasa

Neelofa Tokoh Anugerah Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Antara 14 wanita penerima Anugerah Khas HSK 2021

KOTA BHARU 1 April :  Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa selebriti kelahiran Kelantan antara 14 wanita  menerima anugerah khas sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran negeri Kelantan.

Dengan kejayaan yang beliau , anak jati negeri Kelantan itu dianugerahi Anugerah Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer.

Namun, beliau yang  baru sahaja melangsungkan perkahwinan tidak dapat menghadirkan diri ke majlis anugerah tersebut kerana masih  berada di Langkawi atas urusan kerja.

Sementara itu,  seorang lagi wanita hebat, Andak Anjang, 44, yang turut hadir jauh dari pedalaman Pos Tuel, Gua Musang menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Wanita Orang Asli yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri.

Andak ketika ditemu bual oleh Utusan Malaysia berkata, beliau amat terharu dan bangga atas pengiktirafan yang diperoleh bersama 14 lagi wanita yang turut serta dipilih sebagai penerima anugerah khas HSK 2021.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan. Nama saya dicadangkan oleh Penghulu Orang Asli Kelantan kerana aktif mengadakan program dakwah bersama dengan penduduk Orang Asli di kampung kami. – Andak Anjang

Tambah Ketua Wanita Orang Asli Pos Tuel itu, beliau amat berterima kasih kepada suami, Abdul Razak Amat, 52, atas jasa dan sokongan beliau dalam membantu untuk menyebarkan urusan dakwah di sekitar perkampungan orang asli.

Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan lagi dengan perasmian oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd.Yusoff di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Menurut Siti Zailah, sambutan Hari Sayyidatina Khadijah ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkkan martabat wanita di seluruh Kelantan.

Kesemua penerima anugerah ini membawa pulang sijil, plak, dinar emas dan kitab tafsir Al-Azhar selain hadiah iringan seperti kerongsang, selempang, hamper, persalinan batik dan sejambak bunga.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button