Semasa

Nasihat Sultan Nazrin ketika Ramadan, COVID-19

KUALA KANGSAR: Ini merupakan tahun ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadan dalam keadaan pandemik COVID-19.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, agar umat Islam menjaga kesihatan dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti pada bulan Ramadhan supaya mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

“Sudah dua tahun umat Islam tidak berpeluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara,”

“Menjadi hasrat dan harapan beta untuk mengembalikan suasana meriah Aidilfitri pada tahun ini,” titah baginda.

Dalam pada masa itu, Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dan kelonggaran yang diberi membolehkan rakyat menjalani rutin seperti sediakala.

Baginda turut bertitah, semoga rakyat dapat menjalani gaya hidup normal, kegiatan ekonomi dirancakkan dan kemakmuran negara kembali pulih di samping, rakyat dapat menikmati suasana hidup riang lagi sejahtera.

Walaupun kelonggaran sudah diberikan, Sultan Nazrin mengingatkan ancaman wabak belum berakhir.
Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang dinasihatkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan hendaklah senantiasa dipatuhi.

“Rakyat wajib dinasihatkan sama-sama membantu usaha-uaha negara untuk meminimumkan jangkitan dan melindungi negara daripada menghadapi gelombang baharu,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan Orang-orang Besar Negeri, terutamanya Orang Besar Jajahan agar lebih aktif dalam membantu melakukan pemantauan di masjid-masjid Ketika berlangsungnya aktiviti dan memberikan nasihat serta bimbingan untuk meminimumkan risiko jangkitan COVID-19.

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button