DuniaKemanusiaanPalestin

Nasib Netanyahu umpama telur di hujung tanduk

Usaha untuk singkirkan Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS : Ahli politik Israel yang berjuang untuk menumbangkan Perdana Menteri veteran, Benjamin Netanyahu, kini mengejar masa melakukan rundingan saat akhir bagi menubuhkan parti gabungan.

Pemimpin parti nasionalis Israel, Yamina, Naftali Bennett bersetuju untuk membentuk kerajaan gabungan, sekali gus mengakhiri pemerintahan pemimpin paling lama yang juga Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Mereka mempunyai masa sehingga tengah malam ini (waktu tempatan) untuk mengakhiri pemerintahan 12 tahun berturut-turut Netanyahu selaku perdana menteri paling lama menerajui kerajaan Israel.

Usaha itu dipimpin bekas penyampai televisyen, Yair Lapid, yang meraih sokongan penting seorang jutawan teknologi yang juga nasionalis agama sayap kanan, Naftali Bennett.

Terkini, Lapid memaklumkan bahawa pihaknya sudah berjaya membentuk gabungan untuk menamatkan pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Pengumuman itu dibuat Lapid pada saat-saat akhir selepas beliau berjaya mendapat sokongan daripada pelbagai parti untuk menjatuhkan perdana menteri paling lama Israel itu.

Parti Raam yang juga parti konservatif Islam Arab-Israel dipimpin Mansour Abbas pula bersetuju menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, usaha itu hanya akan dapat direalisasikan jika cadangan itu diluluskan oleh Parlimen Israel yang mempunyai 120 ahli.

Pemimpin parti Yesh Atid, Yair Lapid, ditugaskan membentuk kerajaan oleh Presiden Reuven Rivlin selepas Netanyahu sekali lagi gagal memperoleh majoriti berikutan pilihan raya keempat Israel yang tidak meyakinkan dalam tempoh kurang dua tahun.

Lapid dilaporkan setuju memberi laluan kepada Bennett, yang mengetuai parti Yamina, memegang jawatan perdana menteri terlebih dulu dalam proses penggiliran jawatan itu, sebelum mengambil alih pada penggal seterusnya.

Nasib Netanyahu sekarang umpama telur di hujung tanduk, beliau berdepan perbicaraan berkaitan penipuan, rasuah dan dakwaan pecah amanah yang dinafikan beliau dan terus berkuasa melalui pergolakan politik menyaksikan empat pilihan raya dalam dua tahun.

Kedudukannya kini mungkin tergugat selepas perbicaraan kes rasuah ke atasnya masih berlangsung selain berdepan siri protes mingguan antikerajaan yang menggesa pengundurannya sejak beberapa bulan lalu.

Ia bakal menghasilkan pemerintahan dengan perbezaan ideologi yang mendalam mengenai isu menjadi perhatian iaitu penempatan Yahudi di Tebing Barat dikuasai Israel dan peranan agama dalam politik.

Namun, persoalan yang terlintas di fikiran adalah, bagaimana dengan nasib rakyat umat Islam Palestin sekiranya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Netanyahu ini berjaya?

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

***

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button