DuniaKemanusiaanPalestin

Gencatan senjata! bermula 2:00 pagi tadi waktu Palestin

Tanpa syarat

GAZA: [VIDEO]  Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza mengumumkan gencatan senjata semalam, sebagai mengakhiri pertempuran ganas 11 hari yang menyaksikan 232 rakyat Palestin di Gaza terbunuh manakala 12 orang di Israel.

Sehingga gencatan senjata jumlah korban itu termasuklah 65 kanak-kanak, jumlah cedera seramai 1,900 orang dan lebih 90,000 hilang  tempat tinggal.

Kenyataan  pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu menyebut, Kabinet keselamatannya menerima sebulat suara cadangan yang dibuat oleh inisiatif wakil Mesir . Kenyataan pihak Israel tidak memaklumkan bila gencatan senjata akan bermula.

Gencatan senjata tanpa syarat itu juga bermula jam 2:00 pagi waktu tempatan.

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuatkuasa bermula jam 2:00 pagi ini (waktu tempatan).

Ali Barakeh, anggota Hamas memberitahu kepada AFP pengumuman gencatan senjata itu adalah satu kekalahan kepada Netanyahu dan kemenangan kepada rakyat Palestin.

Pertempuran terkini itu menyaksikan jet Israel membedil Gaza melalui serangan udara, dibalas dengan ribuan roket dari Gaza menyasarkan, susulan ketegangan yang makin memuncak selepas 10 Mei lalu.

Menurut penduduk biasanya sebelum gencatan senjata, satu serangan hebat akan dilancarkan dan lewat petang semalam di Rafah, selatan Gaza, wartawan AFP menyaksikan serangan ganas Israel memusnahkan bangunan dan ambulans berulang alik membawa mangsa serangan.

– AL Jazeera.

Related Articles

Back to top button