MAPIM Malaysia semakin dikenali masyarakat
SEREMBAN : Majlis Perundingan pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sentiasa bersama membantu meringankan beban masyarakat yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
MAPIM telah menunaikan permohonan bantuan sekumpulan pelarian di Taman Jujur, Seremban yang terdiri daripada 13 keluarga.
MAPIM menyerahkan sumbangan yang berupa pek makanan dan lampin pakai buang kepada mereka.
Sharina Mohd Ismail, 20, yang pernah menerima bantuan daripada MAPIM telah membuat permohonan kepada MAPIM bagi membantu keluarga, kenalan, dan jiran-jirannya yang memerlukan.
“Alhamdulillah, MAPIM sudi juga beri bantuan yang saya mohonkan untuk mereka. Sebab mereka tak berapa tahu sangat cara-cara nak mohon bantuan daripada mana-mana NGO,” katanya.
Salah seorang penerima, Nur Hidayah Kassim, 46, yang hanya menumpang di asrama kilang tempat kerja suaminya bersama tiga anaknya kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
“Saya dapat barang keperluan makanan dari MAPIM dah buat saya rasa gembira. Terima kasih MAPIM! Semoga dilancarkan semuanya untuk MAPIM,” katanya.
“Alhamdulillah, sumbangan ini tidak besar, tetapi dalam waktu terdesak begini, insyaAllah ia mampu memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang memerlukan. Kita berharap lebih ramai yang akan dapat dibantu, dan atas kerana itu MAPIM Malaysia mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada MAPIM untuk kami uruskan.” – Ustaz Fakhruddin, pegawai khas MAPIM Malaysia,
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038