Semasa

Nama jalan Persiaran Institut Seksyen 1 ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj menitahkan agar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.

Ia bersempena sempena nama Allahyarham Arshad sebagai Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini merupakan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut kenyataan akhbar yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, pertukaran tersebut telah diluluskan dan akan dikuatkuasakan serta merta oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Penukaran nama persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini khususnya pembangunan UiTM.

“Pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer yang bermula dari Bulatan Bistari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga ke persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7, Shah Alam,” menurut kenyataan tersebut.

Allahyarham Tun Arshad Ayub telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Jun lalu di usia 93 tahun selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button