PUTRAJAYA : Ujian saringan Covid-19 mingguan secara bergilir diwajibkan bagi murid sekolah rendah bermula Isnin ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan.
“Ujian pengesanan ini adalah bagi mengelakkan kewujudan kluster di sekolah,” katanya.
Menurutnya, sekurang-kurangnya 10 peratus sampel harus dilaksanakan melibatkan populasi murid di sesebuah sekolah.
“Murid akan menjalani ujian saringan secara bergilir kepada sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya. Ujian saringan berkenaan perlu dilaksanakan kepada murid tanpa mengira sama ada mereka bergejala atau tidak.
“Murid sekolah rendah adalah golongan di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin dan perlu menjalani ujian saringan secara mingguan,” katanya.
Oleh Hafeez Anuar