SejarahSemasa

Disebalik perjanjian kemerdekaan Indonesia dan Tanah Melayu

Perjuangan Nasionalis demi kemerdekaan Tanah Melayu

Tanggal 26 Julai 1945, lahirlah satu berita persetujuan daripada Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu untuk memerdekakan Tanah Melayu dan Indonesia.

Pada asalnya khabar persetujuan tersebut disampaikan kepada pihak nasionalis iaitu KRIS yang dipimpin oleh oleh Ibrahim Haji Yaakob dan Dr. Burhanuddin AI-Helmy.

Dr. Burhanuddin AI-Helmy 

Matlamat penubuhan KRIS adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia.

la adalah pertubuhan nasionalis yang mendapat sokongan daripada pentadbiran tentera Jepun dan dasarnya merupakan lanjutan daripada dasar-dasar KMM (Kesatuan Melayu Muda).

Barisan anggota Kesatuan Melayu Muda

Pada Jun 1945, pengaruh Jepun dalam kalangan orang Melayu mula goyah.

Jepun berpendapat kemerdekaan perlu diberikan kepada Tanah Melayu dan Indonesia bagi menambat semula hati penduduk tempatan.

Pentadbiran tentera Jepun di Indonesia berjanji untuk memberi kemerdekaan di negara itu. Hal ini, membuatkan golongan nasionalis Tanah Melayu bangkit untuk menuntut perkara yang sama.

Pada akhir Julai 1945, persidangan kedua Setiausaha Agung Pentadbiran Tentera Jepun bagi Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Tanah Melayu telah diadakan di Singapura.

Dalam persidangan tersebut kemerdekaan Indonesia dibincangkan.

Tanggal 12 Ogos 1945 rombongan kemerdekaan Indonesia yang diketuai oleh Sukarno dan Mohd. Hatta telah singgah di Taiping setelah berjumpa dengan Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tentera Jepun bagi Wilayah Asia Tenggara.

Lantas, Ibrahim Haji Yaakob dan Dr. Burhanuddin AI-Helmy daripada KRIS mengadakan rundingan dengan rombongan Sukarno dan Hatta itu.

Ibrahim Haji Yaakob dan Dr. Burhanuddin AI-Helmy bersama rombongan Sukarno dan Hatta dalam rundingan di Taiping

Dalam rundingan tersebut, pemimpin Indonesia mengulangi persetujuan berkenaan kemerdekaan Indonesia-Tanah Melayu untuk diisytiharkan pada minggu berikutnya.

Sekali gus, Ibrahim Yaakob berjanji untuk menghantar wakil Tanah Melayu seramai 8 orang ke Indonesia Indonesia yang terdiri dari empat orang wakil pemimpin nasionalis dan empat orang wakil Raja-raja Melayu.

Sementara itu, perancangan tertentu dirangka oleh Ibrahim Yaakob bagi berdepan kemungkinan kedatangan Indonesia ke Tanah Melayu apabila Jepun menyerah kalah.

Secara tiba-tiba, Jepun bertindak menyerah kalah kepada pihak Berikat.

Pihak Berikat merupakan pihak bersekutu perang dunia ke 2, di mana ia dipanggil sebagai Bangsa-Bangsa Bersatu dari Deklarasi 1 Januari 1942.

Pihak Berikat ini bertujuan menentang kemaraan tentera Jerman, Jepun dan Itali.

Ketika pengisytiharan kemerdekaan Indonesia, Sukarno dan Hatta tidak menyebut nama Tanah Melayu sebagai sebahagian Wilayah Indonesia Raya.

Dan akhirnya Tanah Melayu ditinggalkan untuk berjuang meraih kemerdekaan sendiri.

 

 

Related Articles

Back to top button