Covid19Semasa

Mufti Perak positif COVID-19

kakitangan juga disahkan positif

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Isteri beliau juga disahkan positif COVID-19, dan masih dirawat di hospital yang sama.

Menteri Besar,  Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya sebelum ini mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada Jabatan Mufti Perak melalui Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

“Kita sudah mendapat makluman sebelum raya lagi yang Tan Sri Harussani dan isteri mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan pandemik.” – Menteri Besar,  Datuk Saarani Mohamad

Sebelum ini, tular di media sosial khususnya aplikasi Whatsapp, Tan Sri Harussani dan isteri dikatakan positif COVID-19.

“Kita mendoakan mufti dan isterinya cepat sembuh,” katanya pada sidang media secara maya melalui aplikasi Zoom selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Jumaat (22 Mei)

Tan Sri Harussani, 82 tahun, dilantik sebagai Mufti Perak mulai tahun 1985 sehingga kini. Beliau juga memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kerajaan pusat.
Selain itu, Timbalan Mufti, Datuk Zamri Hashim turut memaklumkan, empat kakitangan lain di pejabat mufti turut disahkan positif setakat ini.
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button