DomestikKemanusiaanSemasa

Mobile Kitchen MAPIM meriahkan Larian Dekad Platinum 2022

Edar lebih 400 bungkus makanan kepada para peserta dan petugas

KUALA LUMPUR : Mobile Kitchen yang diinovasikan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini baru sahaja dilancarkan pada tahun ini, namun ia sudah aktif bergerak menyediakan pek makanan secara percuma kepada yang memerlukan seperti tragedi banjir yang berlaku di Baling, Kedah.

Hari ini, Mobile Kitchen MAPIM turun ke ibu kota bagi memeriahkan lagi Program Larian Dekad Platinum 2022 sempena ulang tahun Angkatan Pertahanan Awam yang ke-70.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, mereka telah mengagihkan sebanyak 400 pek makanan merangkumi sarapan dan juga makan tengah hari.

“MAPIM MALAYSIA terpanggil untuk memberikan khidmat terbaik kepada frontliner khususnya APM bersama rakyat Malaysia dalam program di Menara ini sebagai menyokong usaha hidup sihat. inovasi baru Mobile Kitchen Mapim ini berupaya masak di lokasi untuk 1000 pek dan telah banyak kali digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa bencana . Diharapkan usaha kerdil kami ini dapat menyebar kasih sayang dan kesatuan ummah dengan pelbagai cara,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Dalam pada itu beliau turut menzahirkan penghargaan kepada anggota APM yang telah berkhidmat dalam melindungi nyawa dan harta benda baik sebelum, semasa ataupun selepas sesuatu bencana.

Kerjasama antara MAPIM dengan APM sudah terjalin dengan menerusi penubuhan CDERT MAPIM, yang pernah bersama-sama dalam menggerakkan beberapa misi kemanusian sebelum ini.

Kedua-dua pihak semakin memperkukuhkan gerak kerja dalam melaksanakan kerja kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kepada komuniti setempat.

Dalam pada itu, pelbagai acara menarik diadakan dalam program tersebut seperti cabutan bertuah, larian menaiki Menara Kuala Lumpur yang pesertanya terdiri dari wakil setiap negeri dan juga pertunjukan payung terjun oleh anggota APM.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button