KesihatanSemasa

Mobile Clinic MAPIM-MAIWP santuni kariah Masjid Seri Putra Bangi

KAJANG: Inisiatif bas double decker Mobile Clinic MAPIM-MAIWP telah menjadi antara slot pengisian bermanfaat dalam program MAPIM bersama Masjid yang diadakan di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi pada Ahad.

Lebih 100 pengunjung yang hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan, konsultasi serta ubat-ubatan secara percuma disediakan 2 orang doktor sukarelawan MAPIM yang berpengalaman bersama aktivis MAPIM yang lain.

Dalam ucapan penghargaannya, Ketua Nazir, Prof. Emeritus Dato’ Dr Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat berkata pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAPIM kerana memberikan pertolongan kepada golongan asnaf dan kariah di sini bagi mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma.

Dr Kamaruddin Isa (kiri) bersama Ketua Nazir Masjid Bandar Seri Putra, Prof Emeritus Dato’ Dr Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat.

“Kadang-kadang penduduk di sini takut pergi ke klinik atau hospital kerana takut berjumpa doktor dan risau bayaran yang mereka kena bayar. Tetapi dengan Mobile Clinic ini, mereka tak perlu risau kerana rawatan yang diberikan adalah percuma dan  doktor serta sukarelawan di sini sangat peramah,” jelas Prof. Emeritus Dato’ Dr Riza Atiq Abdullah.

Pemeriksaan kesihatan yang diadakan kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Puan Dewi Khadijah Abdul Samad

“Program seperti ini patut diteruskan bukan pada bulan puasa sahaja, tetapi pada bulan-bulan yang akan datang juga kerana ia sangat bagus dan memberi manfaat kepada mereka di luar sana. Saya sendiri sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan,” kata Dewi Khadijah Abdul Samad, 66, ketika mendapatkan rawatan kesihatan di Masjid Bandar Seri Putra.


Penglibatan inisiatif bas double Mobile Clinic MAPIM-MAIWP seperti ini adalah amat penting bagi menambah salah satu fungsi masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat, dengan adanya program seperti ini ia dapat memberikan banyak manfaat kepada kariah dan institusi masjid juga akan menjadi tumpuan kepada semua.

Bas double decker Mobile Clinic MAPIM-MAIWP akan terus berkhidmat kepada masyarakat pada masa akan datang bagi sentiasa memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

BACA JUGA
Bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM satu inovasi yang terbaik

 

Related Articles

Back to top button