BAGAN SERAI: Program Mobile Clinic Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melayani hampir 60 pesakit di sini, hari ini.
Program ini berlangsung di tapak Karnival yang dilancarkan oleh Pengerusi Masjid dan Koperasi Matang Gerdu, Abd Rahman Awang, 69, sempena Menyambut Ulang Tahun ke-161 Masjid Jamek Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak.
Mobile Clinic ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Presiden MAPIM Malaysia dan Kompleks Pendidikan Batu Ridhwan, Perak, Ustaz Zulkifly Ibrahim.
“Apa yang menariknya, saya difahamkan masyarakat di qariyah sini sangat teruja dan tertarik dengan Mobile Clinic ini dan ramai yang nak dirawat tetapi oleh kerana masa dan cuaca panas yang tidak mengizinkan, kita terpaksa tangguh dan akan diteruskan ke program lain akan datang.
“Program kita ini antara isi kandungan untuk meneruskan promosi program MAPIM iaitu Program Transformasi Qariyah (PTQ).
“Jadi di Perak sahaja kita sudah anjurkan tiga program seumpama ini, yang pertama di Air Tawar, kedua di Matang Gerdu dan yang ketiga pada dua minggu akan datang, program Minggu Kesedaran dan Persaudaraan Ummah di peringkat gugusan Manjung yang melibatkan 7 buah masjid,” katanya.
Tambah beliau, MAPIM sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempopularkan PTQ ini, akan gunakan platform masjid bagi mengajak masyarakat ikut serta dalam pembangunan islam serta menghayati erti persaudaraan, dan permuafakatan.
Abd Rahman atau nama gelaran Pak Lang, berkata penduduk sangat berpuas hati dengan rawatan dan pemeriksaan percuma Mobile Clinic MAPIM ini.
“Program ini dilakukan bagi menghargai semua penyumbang sehingga masjid kedua kami siap dibina,” katanya.
Tambah Rahman, beliau amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang berkerjasama khususnya MAPIM cawangan Perak dalam memberi sumbangan bantuan foodpack kepada golongan asnaf dan menjayakan aturcara sepanjang karnival.
Dalam menjayakan program Mobile Clinic MAPIM ini, ia mendapat kerjasama sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom) cawangan Perak.
Terrdapat golongan asnaf dari luar yang turut mendaftar bagi mendapatkan rawatan serta pemeriksaan kesihatan percuma.
Khidmat perubatan seperti Mobile Clinic MAPIM ini akan diteruskan lagi ke negeri lain dengan menawarkan pemeriksaan, rawatan dan perubatan kesihatan secara percuma.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today