KUALA LUMPUR: Sekali lagi mencipta sejarah pada hari kedua, Program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung di Pangsapuri Sri Sarawak di sini, hari ini, mencatat lebih 100 pesakit yang datang mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma.
Kehadiran jumlah pesakit sebelum menjelang tengah hari mencatat sebanyak 60 pesakit, manakala lebih 40 pesakit sebelah petang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kaum.
Kerjasama antara sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom) terus komited menjelang hari kedua.
Penglibatan mereka memudahkan lagi pengurusan pesakit yang memerlukan.
Program ini memberikan manfaat kepada masyarakat berbilang kaum dengan peratusan warga Cina 20 peratus, Melayu 60 peratus dan India 20 peratus.
Secara keseluruhan, kehadiran pesakit buat dua hari berturut-turut amat luar biasa, meskipun berlaku sedikit kesulitan tetapi dengan izin-Nya, masalah dapat diselesaikan.
Program Mobile Clinic MAIWP akan diteruskan lagi bagi memberi rawatan dan pemeriksaan secara percuma kepada masyarakat terutamanya golongan asnaf.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today