KemanusiaanKesihatanSemasa

Mobile Clinic MAIWP – MAPIM telah mengukir senyuman di wajah jemaah Masjid Azzubair Ibnul Awwam

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR : Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah mengukir senyuman di wajah pengunjung serta para jemaah kariah Masjid Azzubair Ibnul Awwam.

Program pemeriksaan kesihatan percuma ini yang berlangsung pada Jumaat (21 Oktober 2022) dari pukul 10 pagi sehingga 1 petang  disambut meriah selepas dikunjungi ramai penduduk di situ.

Pengunjung yang hadir bukan sahaja berpeluang mendapat pemeriksaan kesihatan percuma oleh doktor dan para pegawai perubatan di sana malah mereka turut dibekalkan dengan ubat-ubatan secara percuma.

“Saya sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan para doktor dalam program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini,” kata Mohd Hisyam bin Arshad, salah seorang pengunjung di situ.

Menurut seorang jemaah di situ, Jamal bin Mahmud, rawatan yang diberikan oleh MAPIM adalah sangat baik dan berkesan serta ianya salah satu usaha kearah kebaikan bersama. Doktor dan pegawai perubatan yang ada telah memberikan nasihat yang sangat membantu dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini akan diadakan di masjid-masjid yang berlainan pada setiap minggu dengan memberikan pemeriksaan serta ubat-ubatan secara percuma kepada mereka yang hadir bagi mendapatkan rawatan.

Related Articles

Back to top button