KesihatanSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ke tiga lokasi PPR!

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR : Program bas double decker Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah beroperasi di tiga lokasi bermula hari ini (Selasa).

Program ini diadakan selama dua hari bermula 1 November sehingga 2 November di PPR Sri Alam Kuala Lumpur, Perumahan Awam Sri Selangor dan PPR Loke Yew Kuala Lumpur.

“Saya sangat bersyukur program seperti ini diadakan di sini kerana saya sudah 3 hari demam dan tidak larat untuk ke klinik, jadi dengan adanya program ini, memudahkan saya untuk membuat pemeriksaan dengan lebih dekat dan secara percuma,” kata Malek Abdul Kadir, 32 ,salah seorang pengunjung di situ.

Pengunjung-pengunjung yang hadir bukan sahaja mendapat pemeriksaan secara percuma malah mereka juga dibekalkan dengan ubat-ubatan yang diberi secara percuma oleh doktor dan pegawai perubatan di sana.

Bagi yang berkesempatan boleh singgah bagi mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di ketiga-tiga lokasi bermula hari ini sehingga Rabu.

 

Related Articles

Back to top button