Misi Pasca Banjir Gemas : “Apa-apa, nyawa orang tua saya dahulu.”
GEMAS : Misi bantuan pasca banjir di Gemas, Negeri Sembilan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama gabungan MAPIM Rangers berjaya menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas.
Barangan bantuan yang diberikan kepada mereka seperti pek makanan, selimut, bantal dan dapur gas memberi keringanan kepada mereka di saat menghadapi kesukaran hidup akibat bencana yang melanda.
Antara mangsa banjir yang terjejas di Kampung Londah, Gemas, Fauziah Abdul Kadir, 50, berasa sangat terharu dan bersyukur dengan kehadiran MAPIM sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ambil berat dan prihatin tentang keluarganya.
Fauziah, ibu tunggal kepada lima anak gigih menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapanya yang sudah tua.
Beliau menyara keluarganya dengan mengambil upah kerja di kampung dan kakinya baru sembuh dari luka akibat pembedahan baru-baru ini.
Difahamkan semasa bencana banjir berlaku, Fauziah masih di tempat kerja dan terperangkap ketika dalam perjalanan bagi menyelamatkan ibu bapanya di rumah. Mujurlah ada pertolongan penduduk kampung dan ibu bapanya berjaya dibawa ke Pusat Permindahan Sementara (PPS).
“Saya hanya fikir tentang ibu bapa yang berada di rumah, barang-barang di rumah memang saya tiada daya nak selamatkan dengan seorang diri. Apa-apa nyawa orang tua saya dulu,” katanya.
Walaupun berat, Fauziah redha dengan bencana yang menimpa dia dan keluarga. Beban berat itu terasa ringan apabila MAPIM Malaysia bukan sahaja membantu dengan barangan keperluan asas tetapi turut memberi sokongan moral.
Menurut ketua Misi, Tuan Zulhanis, “Kami di MAPIM sentiasa berusaha memastikan semua mangsa banjir akan mendapat bantuan yang sewajarnya. Bantuan yang mungkin memang kecil, tetapi ia akan membantu meringankan beban mereka.”
MAPIM Malaysia sangat berharap dan mengalu-alukan orang ramai prihatin lagi budiman untuk infaq kewangan dan juga sumbangan barangan, semoga dengan itu MAPIM Malaysia dapat segera membantu menyalurkannya kepada mangsa-mangsa banjir di lapan negeri.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038