BanjirDomestikSemasa

Misi Bantuan MAPIM Malaysia untuk mangsa banjir di Labohan Dagang

Banting : Hanya pada pukul tiga pagi, sukarelawan MAPIM Malaysia akhirnya dapat sampai ke Kampung Labohan Dagang. Sukarelawan MAPIM Malaysia yang disokong oleh MAPIM Rangers terus berusaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira masa dan tempat.

Kampung Labohan Dagang adalah antara kawasan yang terjejas teruk dan penduduk terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara di  Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang.

Hanya bot yang dapat sampai ke sekolah tersebut kerana jalan di sana sudah ditenggelami air sehingga ke paras pinggang.

Menurut Puan Aishah, yang membantu urusan mangsa-mangsa banjir di Labohan Dagang, sehingga kini bekalan elektrik masih belum pulih dan terpaksa menggunakan generator.

Keadaan gelap dan arus banjir yang deras akibat pembukaan Empangan Semenyih menjadikan keadaan semakin bahaya, walaupun untuk bot bantuan. Atas sebab keselamatan hanya sebahagian aktivis MAPIM yang dibenarkan menghantar bantuan dengan menggunakan bot.

Tambah Puan Aishah, bantuan makanan sentiasa ada tetapi mereka kekurangan sukarelawan bagi memantau dan menyampaikan makanan kepada mangsa.

Puan Aishah turut memaklumkan mereka sempat menyelamatkan seorang OKU yang tinggal sebatang kara dan kini berada di pusat penempatan sementara.

MAPIM Malaysia menghantar ‘hot meal’, bekalan air minuman dan kotak bantuan makanan untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara tersebut. MAPIM juga akan menghantar beberapa lagi keperluan asas yang lain untuk mangsa-mangsa banjir di situ.

Selain manusia, kucing juga turut diselamatkan dan ditempatkan bersama di pusat penempatan sementara.

MAPIM Malaysia akan terus berhubung dengan Puan Aishah bagi menyelaraskan bantuan yang diperlukan demi keselesaan mangsa-mangsa banjir.

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button