FILIPINA : Belum pun reda gempa di Croatia, Filipina pula digegar gempa bermagnitud 5.3 pada skala Richter pada awal pagi tadi.
Pusat gegaran adalah di 112 kilometer dari Polomolok, Selatan Cotabato menggegar pada jam 12:21 minit pagi waktu tempatan.
Kesan gempa dapat dirasakan sehingga ke Indonesia.
Sementara itu MetMalaysia berkata gempa bumi sederhana yang berlaku di Mindanao pada kedalaman 10 kilometer itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.