Minat K-Pop, tapi berpada-padalah

Oleh Hasanah Yusof & Izz Nazaruddin, wartawan pelatih
Islam tidak melarang umatnya untuk melakukan perbuatan yang memberikan kegembiraan pada diri sendiri malah hukumnya bersifat harus.
Namun, apabila perbuatan yang dilakukan adalah bekrtentangan dengan undang-undang Allah hukumnya menjadi haram.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang mahasiswa Malaysia yang menyambung pengajiannya di Korea Selatan telah mencetuskan isu apabila dia memberi makna yang salah makna hiburan yang digalakkan dalam Islam ketika ditemu bual oleh BBC.
Pelajar itu mempunyai minat mendalam terhadap tarian juga merupakan seorang Youtuber terkenal dengan ramai pengikut.
Selain itu, dia telah menggunakan minatnya dalam tarian sebagai kandungan untuk video-video di YouTube dan seringkali mendapat kecaman berkaitan pemakaian dan gerak tari yang ditonjolkan olehnya.
Persoalannya bukanlah minatnya salah, tetapi aksinya yang melanggar syarak Islam dan memberikan imej dan persepsi yang salah terhadap agamanya sendiri.
Allah juga melarang seseorang wanita itu menunjukkan aksi yang boleh membawa kepada perasaan syahwat nafsu.
“لَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا {الإسراء”
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan cara al-marah, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung”. Surah Al-Isra: 37
Maksud firman Allah dalam ayat tersebut adalah jangan bertindak melakukan sesuatu yang melebihkan kesenangan duniawi.
Di dalam konteks ini, bagi seorang wanita untuk menari itu, janganlah aksinya berlebihan sehingga menunjukkan sosok badan kepada orang lain.
Namun, tindakkan pelajar itu sebagai orang Islam dan juga sebagai penari amat dibimbangi ramai.
Di dalam satu temuramah antara dia dan BBC, beliau memberikan pendapat dimana sebagai seorang individu, tindakkan beliau tidak menjejaskan siapa-siapa namun warganet merasakan isu tersebut adalah salah kerana melanggar ajaran Islam.
“Bagi saya, selagi saya rasa apa yang saya buat tak salah, saya tak mencederakan siapa-siapa saya rasa tidak ada masalah.
“Dalam Islam wanita tidak sepatutnya menari, tapi sekarang ialah abad ke-21,”ujar pelajar tersebut.
Salah seorang warganet meluahkan rasa kecewa di Twitter apabila dia terkejut mendengar pelajar itu berkata sedemikian.
“Saya sedih apabila mendengarnya. Bagi saya, awak telah mencemarkan imej Islam.
“Orang bukan Islam akan mengenali dan belajar tafsiran Islam yang salah,” ujar warganet tersebut.
Dear sister,
I am writing this open letter for you out of love. Please take your time to read until the end. And to whoever supports sister Sabrina, please read to the end as well. I love you for the sake of Allah ❤️ pic.twitter.com/QHj0Xequdm
Isu ini mendapat perhatian ramai oleh kerana penjelasan pelajar itu mengenai bagaimana dia mengharungi kehidupan seorang muslim yang bertudung dan meminati tarian K-pop yang mencetuskan spekulasi negatif dan menafikan kebenaran.
Oleh itu, kita perlu berpegang kepada peringatan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam Surah An-Nuur, ayat 19.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui. Surah An-Nur: 19
Jelas kepada kita, semua kelebihan dan nikmat yang diperoleh di dunia ini boleh boleh akibat keceluparan kita sendiri.
Lebih teruk lagi, perbuatan ini dilakukan sesama umat Islam. Seolah-olah menjadi perkara yang membanggakan apabila dapat memburukkan diri sendiri.
Nabi SAW turut menyatakan golongan paling ramai berada di dalam neraka adalah disebabkan lidah mereka.
Disebabkan itu, Islam menggalakkan umatnya untuk banyakkan berdiam diri daripada banyak berkata-kata. Berdiam diri bukan bermakna seseorang mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah serta menyebarkan keaiban.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan perbuatan Sabrina yang telah mengundang kebimbangan dari warganet kerana dapat mengakibatkan persepsi yang salah terhadap mereka yang mahu mengenali Islam.
Namun, fitrah manusia dalam kehidupan untuk membuat kesilapan dan kita akan sentiasa belajar daripada kesilapan itu. Jadi setiap kali rasa hendak membicarakan sesuatu perkara, lebih baik kita berfikir terlebih dahulu samada ia membawa manfaat atau mudarat kerana kita turut ada aib sendiri yang perlu dijaga.
Semoga pempengaruh media sosial itu menginsafi perbuatannya dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.