Semasa

MetMalaysia keluarkan ramalan cuaca Hari Krismas

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca hujan dan ribut petir pada Hari Krismas di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dalam satu kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca pada waktu pagi melibatkan kawasan di Kuching Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Pada masa sama, amaran hujan dan ribut petir pada waktu petang di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak,Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman di Sabah.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran berlaku hujan pada waktu malam di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri dan Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau dan Sandakan) dan Wilayah Persektuan Labuan.

 

Related Articles

Back to top button