DomestikSemasa

METMalaysia keluar amaran laut bergelora, angin kencang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) melaporkan dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi aktiviti perkapalan (kategori kedua) angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore, barat laut Reef North sehingga 7 April,” katanya dalam kenyataan.

Menurut METMalaysia, keadaan laut bergelora dan angin kencang ini adalah berbahaya untuk semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North, Layang-Layang sehingga 7 April.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Selain itu, kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman dan Condore dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button