
CAIRO : Kerajaan Mesir melonggarkan had jumlah pengunjung di hotel, restoran, panggung wayang kepada 70 peratus daripada 50 peratus sebelum ini.
Keputusan itu dibuat berdasarkan penurunan kes Covid-19 di negara itu.
Sebelum ini, Mesir mula melonggarkan sekatan pandemik secara berperingkat sejak 1 Jun lalu
Data yang dikemukan oleh pihak berkuasa Mesir menunjukkan, terdapat 181 kes jangkitan baharu pada Sabtu lalu, dengan 27 kematian dilaporkan.
– Reuters
Diterjemah oleh Azzman Jamal