Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today
Kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain dengan menderma darah. Merujuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) satu beg darah boleh menghasilkan sel darah merah, plasma platlet yang menjadi sumber keperluan dalam sistem badan manusia.
Mengikut statistik, terdapat ribuan orang yang memerlukan darah dan kita boleh membantu mereka dengan menderma darah. Hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang menderma darah secara fizikal
Manfaat Kesihatan Menderma Darah
Orang dewasa selamat untuk menderma darah dan ia memberi kebaikan yang besar untuk kesihatan dan mental anda. Antara kebaikannya:
- Boleh meningkatkan kesejahteraan emosi
- Tekanan emosi berkurang
- Bersemangat untuk berinteraksi sosial
- Kesihatan fizikal semakin cergas
Kajian mendapati penderma darah akan menerima semula beberapa manfaat daripada segi kesihatan. Amalan derma darah juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung.
Seterusnya, derma darah juga dapat membakar sebanyak 650 kalori dalam badan dan ia juga dapat menggantikan sel darah baru agar tubuh badan lebih cergas.
Menderma darah digalakkan kerana ia adalah amalan mulia di sisi islam. Selain menunaikan ibadah puasa, haji dan sebagainya derma darah juga dituntut di dalam Islam.
Masyarakat perlu memupuk kesedaran menderma darah kerana amalan ini mempunyai kebaikan di dunia dan akhirat. Allah SWT menjanjikan kelebihan dan keistimewaan kepada penderma kerana sikap pemurahnya.