Semasa

JKM Perlis cari waris kanak-kanak

ARAU : Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Perlis kini sedang mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan empat tahun lalu di hadapan BJ Court Pulau Pinang.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan JKM, seorang wanita meninggalkan bayi berusia dalam lingkungan dua hingga tiga bulan kepada Hafiza Ezab pada 5 Julai 2017, di hadapan pusat beli belah tersebut.

Wanita berkenaan meminta Hafiza menjaga kanak-kanak itu sebentar, bagaimanapun, sehingga kini tiada siapa yang datang menuntut kanak-kanak tersebut.

Menurut JKM, Hafiza kini merupakan ibu angkat kepada kanak-kanak itu.

Sementara itu, dilaporkan kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak dibuat oleh JKM bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik serta bakal ditentukan di Mahkamah Kanak-Kanak di Kangar, Perlis.

Di samping itu, ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak tersebut diminta tampil bagi menghubungi Isma Liza Mohd Isa, Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis di talian 04-9731926 atau 04-9731967 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak tersebut.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button