BAITULMAQDIS: Dalam kemeriahan persiapan kita sekeluarga menyambut Aidilfitri, luangkan juga masa untuk melihat apa yang berlaku ketika ini kepada saudara muslim kita di dunia dan terkini di Palestin.
Tentera zionis israel terus menzalimi umat Islam di sana malah Al-Aqsa dicerobohi seolah-olah Masjid ke-3 terpenting umat Islam itu kepunyaan mereka.
Beberapa hari lalu, 8 rakyat Palestin telah cedera semasa serbuan tentera israel di kem pelarian Jenin, lapor Kementerian Kesihatan Palestin.
Lapan mangsa kezaliman rejim itu telah dipindahkan ke hospital selepas mereka ditembak oleh tentera israel dan pasukan khas yang menyamar.
Malah, Wartawan WAFA melaporkan ada yang turut terkorban dalam serangan menjelang Adilfitri itu.
Mangsa adalah seorang wanita berusia 68 tahun, yang ditembak di tangan dan seorang paramedik cedera akibat terkena serpihan kaca.
Pengganas israel mendatangi mereka diiringi dengan jentolak tentera dan pasukan khas yang menyamar pula memanjat menceroboh melalui bumbung rumah penduduk Palestin.
Menambah kelakuan biadap mereka, tentera israel menghalang kakitangan Bulan Sabit Merah memasuki kem untuk membantu mangsa termasuk juga mereka telah melepaskan beberapa tembakan ke arah ambulans.
Keganasan yang berpunca daripada pendudukan israel selama beberapa dekad di tanah Palestin pada tahun ini telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin, menurut kiraan AFP berdasarkan sumber rasmi israel dan Palestin.
Rejim israel telah menjajah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak 1967. Kira-kira 700,000 peneroka Yahudi haram kini tinggal di kedua-dua kawasan, di penempatan yang menyalahi undang-undang antarabangsa.
Watch: Israeli forces break into the refugee camp of Jenin, north of the occupied West Bank. pic.twitter.com/qjssPtnHht
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) April 18, 2023
Ia telah menguatkuasakan sekatan yang melumpuhkan wilayah Gaza Palestin dari darat, udara dan laut sejak 2007, menyekat pergerakan orang dan barangan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia