Bangi : Kekejaman zionis terhadap penduduk Palestin sudah cukup lama. Malah kekejaman rejim itu bukan sahaja membabitkan rakyat Palestin, tetapi juga secara langsung membabitkan kita rakyat Malaysia.
Almarhum Haji Abdul Aziz Abu Bakar merupakan Pengarah Projek Pembinaan 9 Masjid di Gaza
Semasa Perang Al Furqan tahun 2008, banyak masjid di Gaza telah dimusnahkan oleh rejim zionis. MAPIM Malaysia yang diketuai oleh Almarhum Tuan Haji Abdul Aziz Abu Bakar telah berusaha mencari dana sumbangan daripada rakyat Malaysia, bagi membina semula masjid-masjid di Gaza yang hancur itu.
Antaranya adalah Masjid Umar Abdul Aziz. Untuk Masjid Umar Abdul Aziz, Almarhum turut bekerjasama dengan Masjid Al Falah di Subang Jaya, sehingga Masjid Umar Abdul Aziz menjadi masjid kembar kepada Masjid Al Falah. Ketika itu Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir adalah pengarah bersama pembinaan merangkap nazir Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya.
Tan Sri Dato Sri Syed Zainal selaku Pengarah bersama pembinaan Masjid Umar Abd Aziz merangkap Nazir Masjid Berkembar Al-Falah, USJ 9 menyampaikan ucapan ketika Majlis perasmian di Gaza
Pada Mei 2013, pembinaan semula Masjid Umar Abdul Aziz berjaya disiapkan di Beit Hanoun, dan menjadi masjid yang tercantik di bumi Palestin. Masjid Umar Abdul Aziz menjadi masjid ke-8 MAPIM di bumi Palestin dan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Masjid Umar Abdul Aziz ini sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja dibina dengan sumbangan rakyat Malaysia, malah seramai 73 rakyat Malaysia turut sama hadir ketika perasmian masjid ini.
Masjid Umar Abdul Aziz yang bernilai RM1.9 juta dan mampu memuatkan 5000 jemaah, selain menjadi masjid berkembar dengan Masjid Al-Falah Subang Jaya, ia juga menjadi lambang penyatuan antara rakyat Malaysia dan Palestin.
Kerja membina tapak asas pembinaan MasjidSatu kebanggaan saat bendera Malaysia sentiasa berkibar sepanjang proses pembinaan ini berlangsungEngineer Mohab Amawi merupakan pegawai lapangan MAPIM Malaysia di GazaPersiapan fasa akhir sebelum Masjid Umar Abdul Aziz dirasmikanDr Ismael Haniyeh mengimamkan solat Jumaat pertama di Masjid Umar Abdul Aziz – GazaKemeriahan Jumaat Pertama di Masjid Malaysia di GazaPerasmian ini menarik minat pihak media dunia Arab dan antarabangsaIndah dan mempersona, pemandangan Masjid Umar Abdul Aziz pada waktu malam.Masjid Umar Abdul Aziz yang siap dibina oleh MAPIM Malaysia di Gaza sebagai Masjid ke-8 dari 41 buah Masjid di seluruh duniaDr Ismael Haniyeh merasmikan Masjid Umar Abdul Aziz dan menyifatkan bahawa masjid ini lambang persaudaraan Malaysia-PalestinMasjid yang tercantik di bumi Palestin ketika itu.Kehadiran pimpinan utama Gaza di majlis perasmian Masjid Umar Abdul Aziz di Gaza yang menjadi tajuk berita utama
Namun kisah bahagia ini tidak lama, pada 11.40 malam (waktu Gaza) 24 Mei 2014, jet pejuang Israel telah membedil dengan tiga roket mensasarkan secara khusus bangunan masjid ini, menjadikan keseluruhan struktur masjid hancur menyembah bumi.
Apa yang dahulu megah, semuanya tinggal puing-puing. Debu masjid berhamburan, kubah dan menara semuanya hanya tinggal sebagai tanda, pernah terbina sebuah masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di bumi Gaza.
Ia seperti isyarat jelas daripada rejim bahawa mereka tidak mengizinkan apa sahaja yang menjadi lambang penyatuan umat Islam di bumi Palestin. Itulah ketakutan rejim, penyatuan umat Islam.
Walaupun ia hancur, tetapi ia bukan bermakna ikatan antara rakyat Palestin dan Malaysia turut hancur. Malah ia menjadikan semangat penyatuan itu semakin kukuh.
Hancur dibom. Gambar kredit aa.com.tr
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia,
Dr Sani Araby Al-Kahery
“Walaupun ini kisah lama, dan kita sudah terus ke hadapan, tetapi kita mahu beritahu bahawa ia akan sentiasa berulang. Ya, kita sedih, kesal, dan marah tetapi itu sahaja tidak cukup menghentikan kekejaman zionis. Kita juga bukan mahu mengulang kisah sedih ini, tetapi kita lebih mahu memperingati bahawa kita perlu lebih ramai orang seperti Almarhum Haji Abdul Aziz Abu Bakar yang sentiasa berkorban untuk ummah, terutamanya dalam membantu rakyat Palestin. Itulah yang MAPIM laksanakan sekarang, mengambil semangat Almarhum dalam membantu ummah. Satu masjid kita dibom, kita usaha dirikan lebih banyak masjid lagi. Itulah lambang perlawanan kita dengan rejim!”
Sehingga kini, MAPIM Malaysia sudah membina 40 masjid di seluruh dunia, dari Palu, Indonesia sehingga ke Gaza, Palestin. Yang terkini dalam pembinaan adalah masjid di Azaz Syria, yang merupakan masjid ke-41. Ini semua adalah hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia.
BERITA GEMBIRA! Insyallah pihak MAPIM Malaysia di Gaza memaklumkan serta meminta izin mewakili pihak Kuwait untuk membina semula Masjid ini dengan reka bentuk yang sama serta menggunakan nama yang sama. Mereka juga berjanji untuk merakamkan ingatan sejarah pada dinding masjid menghargai usaha besar yang dimulakan oleh MAPIM Malaysia. Doakan agar Masjid ini ‘dihidupkan semula’
MASA UNTUK BERTINDAK! Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.