Nama anak perempuan ini Huda. Kisahnya pernah viral pada tahun 2015. Anak kecil ini dengan wajah yang mahu menangis, mengangkat kedua-dua tangan, tanda dia menyerah.
Dia menyerah bukan pada senjata, tetapi pada sepasang lensa kamera jurnalis Turki Osman Sagirli, yang cuba mengambil gambar comelnya.
Huda tidak itu, itu hanya lensa yang berniat baik. Dalam kepalanya ada peristiwa yang sudah tidak mahu hilang, apa sahaja benda bulat yang membidik ke arahnya, itulah senjata api. Senjata yang bunyinya sangat nyaring, yang mematikan.
Tiga tahun kemudian, wartawan BBC menjejaki kembali Huda dan keluarga.
“Tidak ada yang berubah.”
“Situasi kami daripada buruk menjadi semakin buruk. Apatah lagi apabila musim sejuk tiba.”
Wajah ayah Huda hanya mampu menahan sebak. Perkhidmatan yang paling asas seperti air dan elektrik pun sering tidak ada di kem.
Yang tinggal hanya sejuk yang mencengkam, dan trauma perang yang terus menghantuk Huda.
Ini hanya satu kisah daripada ribuan kisah yang sama di kem pelarian Syria. Ada ramai lagi anak-anak yatim yang berkongsi emosi yang sama seperti Huda. Ketakutan, kelaparan, dan kesejukan.
MAPIM Malaysia sangat mengharapkan bantuan sumbangan infaq rakyat Malaysia untuk terus membantu pelarian seperi Huda.
Sumbangan boleh dihulurkan terus ke www.rayuansyria.com
BBC.