RamadanSemasa

MAPIM santuni banduan akhir di Penjara Kajang & Sungai Buloh

PETALING: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang dalam usaha menyantuni serta menyumbangkan pek kongsi rezeki kepada banduan akhir bersempena ‘Program Ziarah Cakna Banduan Akhir 1444H’.

Program bulan Ramadan ini digerakkan MAPIM Malaysia bersama-sama mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri diringi Naib Presiden MAPIM Malaysia PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.

Banduan akhir adalah banduan yang melakukan jenayah berat dihadapkan ke proses kehakiman sama ada 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dijatuhkan dengan hukuman gantung sampai mati oleh Yang Arif Hakim.

Program yang diadakan ini terisi dengan perkongsian bermanfaat serta nasihat dari Dr. Haji Zulkifli, diakhiri dengan sesi penyerahan sumbangan pek kongsi rezeki MAPIM Malaysia dan juga penyerahan senaskah Al-Quran kepada banduan akhir.

Sebanyak 500 pek kongsi rezeki tanda ingatan dari MAPIM Malaysia yang diisi dengan gula, roti krim, biskut dan juga kopi telah berjaya diserahkan kepada banduan akhir di kedua-dua penjara itu.

Difahamkan, penghuni tirai besi dengan berpakaian merah putih melambangkan banduan akhir yang menunggu masa ke tali gantung, menerima sumbangan serta nasihat yang diberikan dengan hati yang berlapang dada dan berasa gembira dengan kepedulian MAPIM Malaysia yang sudi hadir menyantuni mereka.

Tiada banduan yang tahu bila mereka akan ke tali gantung. Ada yang menunggu sehingga 20 tahun, ada yang 5 tahun dan ada yang masih belum tahu berapa lama jangka masa hayat yang mereka ada.

BACA JUGA
GISBH manfaatkan MAPIM Mobile Kitchen bantu ummah di Johor

Related Articles

Back to top button