DomestikSemasa

MAPIM sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim, ibu tunggal dan golongan OKU

NILAI : Sepuluh malam terakhir bulan Ramadan ini ditakrifkan sebagai “pecutan terakhir” untuk seluruh umat Islam bagi menambah amal ibadah sebelum menyambut hari kemenangan kita pada bulan Syawal.

Dalam kita sedang sibuk melakukan pecutan terakhir di samping melakukan persiapan Aidilfitri seperti membeli baju raya, kuih raya dan sebagainya, pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih giat meneruskan aktiviti menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.

Pihak MAPIM Malaysia telah hadir ke majlis berbuka puasa di Masjid Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai yang turut disertai oleh ADUN Nilai, YB Tuan Arul Kumar.

ADUN Nilai, YB Arul Kumar menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.
Pengarah Tijarah, Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz menyampaikan kotak bantuan kepada wakil Masjid Dato Kelana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai

Menurut Pengarah Tijarah, Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz yang mewakili MAPIM Malaysia, sumbangan diberikan kepada golongan anak yatim, ibu tunggal, asnaf fakir miskin, orang istimewa serta golongan mualaf.

Mejar Bersekutu (PA) Ustaz Nik Abdul Aziz bersama insan kurang upaya.

“MAPIM Malaysia berbesar hati untuk menyumbangkan lebih 70 kotak bantuan kepada pihak masjid untuk diedarkan kepada penerima manfaat. Kami harapkan agar sumbangan ini dapat memberikan keriangan kepada mereka dalam menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi,” katanya.

Pihak MAPIM mengharapkan agar sumbangan ini mampu memberikan sedikit senyuman kepada mereka yang memerlukan. Supaya mereka lebih bersemangat bagi mengerjakan ibadah dalam akhir Ramadan dan seterusnya sambutan raya mereka pada tahun ini menjadi lebih bererti.

Golongan anak yatim beratur untuk mengambil duit raya
Sekitar suasana majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri

AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN MULIA RAMADHAN AL-MUBARAK

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button