Puchong : Walaupun banjir sudah lama surut, tetapi kesan banjir kepada mangsa lagi terasa. Ada barangan yang musnah dan rumah perlu dibersihkan.
Menyedari hakikat itu, MAPIM Malaysia bersama dengan MAPIM Ranger turun padang bagi menghantar bantuan kotak makanan kepada mangsa banjir di Puchong.
Kumpulan MAPIM Ranger yang diketuai oleh Azman Bin Ayob, 51, dengan kekuatan sebanyak lima jentera 4×4 telah membawa sebanyak 133 Foodpack untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di lima buah kampung di Puchong. Antara kampung yang disantuni ialah Kg Sri Langkas, Kg Sri Puchong, Kg Tengah, Kg Bersatu serta Kg Kenangan.
Azman Bin Ayob berkata, “Alhamdulillah, walaupun di siang hari kita sibuk bekerja, kita cuba juga untuk menggerakkan jentera 4×4 bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.”
MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers sentiasa bersiap sedia 24 jam sekiranya diperlukan. MAPIM juga sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh Malaysia bagi memastikan bantuan dapat segera dihulurkan.