MAPIM Perak mengagihkan 100 kotak bantuan kepada keluarga yang memerlukan
Peduli Ummah
Ipoh : Kesan rantaian akibat pandemik covid-19, yang cuba dicegah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai jenis, yang kemudian diikuti oleh total lockdown dirasai di seluruh tempat di Malaysia. Cerita tentang hilang pekerjaan sudah tidak menjadi berita yang luar biasa. Ia sudah menjadi cerita sehari-hari. Sangat ramai keluarga terjejas.
MAPIM Perak mengambil langkah proaktif dengan mencari dan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik ini. Untuk MAPIM Perak, pada zaman mencabar ini, mereka yang perlu mencari ‘orang susah’, bukan lagi ‘orang susah’ yang mencari mereka, kerana kebanyakkan yang ‘susah’ ini adalah baharu sahaja merasai ‘susah’ akibat covid-19, dan mereka tidak ada pengalaman bagi meminta bantuan, dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan.
Agihan kotak bantuan di Ipoh, Perak dilaksanakan oleh pasukan MAPIM Perak di bawah selian Ustaz Zulkifly Ibrahim yang merupakan Timbalan Presiden MAPIM Malaysia dan koordinasi oleh Tuan Haji Yusuf selaku penyelaras Mapim Perak. Sebanyak 100 kotak bantuan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol yang juga merupakan Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, “Total lockdown memang agak menyukarkan pergerakan, tetapi ia bukan alasan untuk MAPIM berpeluk tubuh sedangkan ramai di luar sana yang menahan lapar. Kami berusaha memperoleh kebenaran untuk bergerak daripada pihak kementerian dan alhamdulillah, kami diberikan kelulusan atas rekod cemerlang MAPIM semasa MCO 1 dan 2 sebelum ini. Untuk MAPIM, tidak ada alasan, yang ada hanyalah usaha dan prinsip untuk membantu ummah.”
MAPIM Malaysia berharap, akan ada lebih banyak sumbangan daripada rakyat Malaysia, bagi membolehkan MAPIM membantu mereka yang memerlukan.
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016