DuniaSemasa

MAPIM penghubung kerjasama dagang rakyat kepada rakyat Rusia – Malaysia

KAZAN: Sesi meja bulat Malaysia-Rusia bersempena Forum Ekonomi Antarabangsa ke-14 Rusia-Dunia Islam: Forum Kazan 2023 telah berlangsung dengan lancar pada Khamis.

Sesi Meja Bulat yang disertai wakil Malaysia dan Rusia antaranya Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Dmitry Volvach telah membincangkan tentang kerjasama dua hala dalam bidang pertanian serta pendidikan tinggi.

Malaysia telah menyuarakan minat meningkatkan kerjasama dua hala dalam kedua-dua bidang dengan Rusia.

Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, Naiyl Latypov (duduk di tengah) ketika mempengerusikan Sesi Meja Bulat Rusia-Malaysia di Kazan Forum 2023. Turut sama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin (kanan) dan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (kiri)
Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Paling istimewa tahun ini adalah penyertaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kehadiran ketua delegasi, (Dr) Sani Araby yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia yang buat julung kali telah diundang oleh Kedutaan Rusia sebagai speaker jemputan bagi membentangkan topik berkaitan peluang kerjasama dari sudut rakyat kepada rakyat dalam sesi meja bulat yang sama.

Menurut (Dr) Sani Araby, ini adalah julung kali sebuah NGO seperti MAPIM Malaysia turut diundang oleh pihak Kedutaan Rusia untuk melihat ruang lingkup bagi sesebuah badan bukan kerajaan dapat memainkan peranan yang besar khususnya dalam hal yang membabitkan kepentingan kedua-dua buah negara.

Turut berkongsi pandangan tentang industri halal di Malaysia adalah Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM
(Dr) Sani Araby ketika berucap dalam sessi Meja Bulat di Forum Kazan 2023


“Kita tidak hanya menjurus kepada perbincangan berkenaan kemanusiaan, tetapi lebih kepada soft diplomacy dimana NGO dapat memberikan kesan yang baik melalui hubungan dagang, menghubungkan pelbagai network termasuk menerokai industri halal yang berpotensi tinggi di Rusia”, jelas beliau.

Tambah (Dr) Sani Araby lagi, dengan adannya penglibatan pelbagai peringkat termasuk kerajaan, ahli parlimen serta pemain industri NGO seperti MAPIM berpeluang menyuarakan pendapat tentang bagaimana strategik terbaik bagi sesebuah badan bukan kerajaan menerokai pelbagai peluang di Rusia.

“saya tidak hanya melihat NGO dakwah dan kemanusiaan, tetapi peluang ini dilihat terbuka kepada semua badan bukan kerajaan dari Malaysia yang terlibat secara langsung dengan koalisi industri perdagangan, animasi, teknologi dan pelbagai lagi. Ini kerana sesebuah NGO tidak tertakluk dengan polisi kerajaan, itu menjadi satu tambah nilai inovatif untuk kami bergerak dalam hubungan dua hala ini,” kata (Dr) Sani Araby.

Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan

 Menurut Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika di temubual Ummah Today di Kazan juga berkata penglibatan NGO amat penting dalam hubungan mana-mana negara.

“Kita harap NGO dapat memainkan peranan supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu blok, kita mengamalkan dasar berkecuali kekalkan hubungan dengan negara-negara barat untuk kita sama-sama menerokai peluang di sebelah Rusia. Saya melihat kejayaan umat Islam terutamanya di Tartarstan ini menguasai ekonomi dan industri, ini berpotensi untuk rakyat Malaysia sama-sama terokai,” kata beliau.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button