DuniaKemanusiaan

MAPIM menjemput melaksanakan ibadah korban di Syria

Layari  www.ibadahqurban.com

Boleh dikatakan pertumpahan darah berlaku setiap hari di Syria yang dahulu menjadi perhatian dunia, tetapi kini ia seperti diabaikan walaupun nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan.

Walau apapun respon dunia, perlu kita insafi derita ribuan rakyat Syria yang tidak lagi dapat mengecapi nikmat kehidupan di tanah sendiri.

Sekiranya sahaja dunia melihat keadaan negara Syria yang kucar kacir malah, anak kecil yang kelaparan dek kerana tidak cukup bekalan makanan, pasti ramai yang akan membelas nasib mereka.

Walaupun isu Syria kini sudah seperti tenggelam kerana perang Ukrine Rusia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tetap cakna dan sentiasa mengambil berat keadaan di sana.

Terbaru, MAPIM Malaysia akan melakukan ibadah korban di Syria bagi membantu penduduk di sana yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup.

Aktivis terkenal Datin Seri Heliza Helmi yang sering mengikuti misi kemanusiaan ke Syria menyatakan ibadah korban yang dilaksanakan oleh MAPIM Malaysia adalah bagi meraikan penduduk di sana.

Proses penyembelihan, melapah dan agihan turut diuruskan sepenuhnya oleh mereka.

Tambahnya lagi, beliau pernah menyaksikan penduduk Syria di kem pelarian yang sangat kelaparan sehingga mereka mengambil ekor dan segala jenis bahagian lembu untuk dimakan.

Berapa ramai antara kita yang mampu melakukan ibadah korban namun mengambil mudah akan tuntutan ini? Tiba masanya, untuk kita laksanakan perintah Allah SWT.

Mungkin inilah waktunya kita memberi bungkusan daging korban kepada mereka yang memerlukan. Mungkin kita lihat daging korban yang kita dapat ini, kita simpan tetapi pada mereka di Syria daging yang mereka perolehi itu untuk terus dimakan.

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang yang melaksanakan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai syukur).” Surah Al-Kauthar: 2

Justeru itu, ayuh sama-sama kita membantu saudara Islam kita di sana dalam melakukan ibadah korban Syria apatah lagi dengan kos ibadah korban di situ lebih murah berbanding di Malaysia. Insya-Allah ramai yang mampu untuk melakukan ibadah ini.

Semoga dengan sedikit bantuan yang kita berikan ini akan memberi kegembiraan di wajah mereka.

Mari melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button