Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
BALING : Misi Bantuan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih lagi belum sampai ke garisan penamat. Ia diteruskan lagi dengan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Selepas tamat kerja pembersihan rumah-rumah yang menjadi mangsa banjir di Yan baru-baru ini, MAPIM meneruskan gerak kerja menghantar pek makanan kepada penduduk di sekitar Baling.
Menurut Ketua Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Leftenan Syahir Syahrumi, sebanyak 66 pek makanan akan diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar perkampungan Kuala Ketil dan juga Kupang.
“Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap, ramai yang di sini terjejas daripada segi kewangan.
“Sebelum ini kami membantu menjalankan kerja pembersihan rumah mangsa banjir, dan kita teruskan dengan menghantar pek makanan kepada penduduk di sini bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemubual Ummah Today.
Menurut salah seorang penerima bantuan ini, dia yang bekerja sebagai penoreh getah berasa amat terkesan akibat pendapatan yang diperoleh tidak menentu.
“Kerja penoreh getah ni, pendapatan pun kita tak boleh jangka, kadang-kadang ada, cukup untuk makanan dan keperluan, kadang-kadang tak cukup. Terima kasih lah kepada pihak MAPIM, sudi datang bagi bantuan lagi-lagi waktu PKP ni,” katanya.
Misi bantuan ini turut disertai MAPIM Rangers yang membantu daripada segi penyediaan pengangkutan untuk memudahkan proses penghantaran pek makanan.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038